Tuesday, 1 September 2020

latar belakang SJKC CHI SIN

 SJK(C) Chi Sin telah ditubuhkan pada tahun 1938 oleh pemimpin masyarakat Cina yang diketuai oleh En. Lim Cheong dan rakan-rakannya. Pada mulanya, sekolah ini terletak di Simpang Bahau iaitu lebih kurang setengah batu dari pekan Batu Kikir. Pada masa itu, sekolah ini hanya merupakan sebuah rumah beratap rumbai. Pengajarannya hanya diberikan kepada murid darjah 1 hingga 4, jumlah murid hanya seramai 30 orang sahaja.

Pada tahun 1945, sekolah ini ditutup buat sementara waktu kerana pemerintahan Jepun, kemudian dibuka semula pada tahun 1946. Pada tahun 1954, Lembaga Pengurus sekarang telah membeli sebidang tanah dan membina 4 buah bilik darjah di lokasi sekarang. Pada masa itu, bilangan murid cuma 65 orang sahaja. Lembaga Pengurus Sekolah juga membina sebuah bilik guru pada tahun 1950, tetapi sekolah masih belum mempunyai kemudahan bekalan air dan elektrik. Pada tahun 1961, Lembaga Pengurus Sekolah telah membina sebuah dewan kecil. Pada tahun 1962, 2 buah bilik darjah dibina memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah. Atas usaha Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Encik Wonn Tai Wan  PJK, sebuah gelanggang bola keranjang yang bernilai lebih kurang RM6,000 telah dibina pada tahun 1964.

Sekolah ini telah mendapat bekalan air  pada tahun 1976. Kerajaan telah memperuntukkan wang sebanyak RM 2,500 untuk membina tandas baru dan dibekalkan bekalan elektrik

No comments:

Post a Comment

PDPR

 二年级数学活动本答案: https://www.youtube.com/playlist?list=PLGVALQ9OfX_6XyzCIYM0TXeVno2fKrG-W Kssr semakan 二年级 数学: https://www.youtube.com/playlist?...