Tuesday, 1 September 2020

chi sin

 SJK(C) Chi Sin, Batu Kikir merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM). Sekolah ini kekurangan tenaga mengajar mengikut opsyen dan guru-guru terpaksa mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya. Ini sedikit sebanyak telah menjejaskan dari segi pengajaran dan pembelajaran.

           Jumlah tenaga mengajar sekolah ini ialah 12 orang, termasuk guru besar, 8 orang guru beropsyen Bahasa Cina,  seorang guru pemulihan, seorang guru agama. Sekolah ini juga terdapat 2 orang pembantu takbir sekolah dan 2 orang pekerja.

           Jumlah bilangan murid sekolah pada tahun ini ialah 33 orang. Murid-murid terdiri daripada kaum Cina, Melayu dan India. Bilangan murid Melayu ialah 25 orang, seramai 75.75%, bilangan murid Cina ialah  5 orang, seramai 15.15%, manakala bilangan murid India ialah 3 orang, iaitu seramai 9.10%.

           Oleh kerana keadaan sekolah ini agak luar biasa jika dibandingkan dengan SJK(C) yang lain, maka strategi dan program yang dirancang dan dilaksanakan selaras dengan keadaan sekolah ini agar matlamat dan hasrat pihak sekolah akan tercapai untuk memperolehi prestasi yang baik terutamanya dalam UPSR.

No comments:

Post a Comment

PDPR

 二年级数学活动本答案: https://www.youtube.com/playlist?list=PLGVALQ9OfX_6XyzCIYM0TXeVno2fKrG-W Kssr semakan 二年级 数学: https://www.youtube.com/playlist?...