Tuesday, 1 September 2020

PIAGAM PELANGGAN

 PIAGAM PELANGGAN

 

MURID :

1  Menerima P&P mengikut masa yang diperuntukkan.

2  Dilayan adil tanpa mengira kaum dan agama.

3  Berpeluang mengeksploit potensi dalam bidang ko-kurikulum.

4  Memberikan bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dengan adil.

 

IBU BAPA / PENJAGA :

1  Dilayan sama adil tanpa mengira kaum dan status.

2  Menyiasat setiap aduan dan memberikan maklum balas.

3  Mewujudkan suasana mesra dan kerjasama yang erat.

 

STAF :

1  Menguruskan kerja dengan cekap, amanah dan bijaksana.

2  Berusaha mempertingkatkan pencapaian P&P.

3  Mewujudkan suasana mesra dan kerjasama yang erat.

 

STAKEHOLDER :

1. Memastikan semua arahan JPN/KPM melalui surat makluman dan

    pekeliling diambil tindakan segera.

2  Menentukan sistem pendidikan sekolah selaras dengan ciri-ciri   

    Falsafah Pendidikan Negara.

 

         

          Tel. Sekolah : 06-4984120  

Tel. Bimbit : 016-3083319


LAGU

 LAGU SEKOLAH

 

 

启新华小校歌

伟哉启新吾校

创自三八年

发扬古国文化

国英文并施

董家教三方齐心

为校争光荣

时代巨轮向前推进

谁敢再落后

我们不作文盲愚夫

充实了自己

追求学问努力

前途绣似锦

latar belakang SJKC CHI SIN

 SJK(C) Chi Sin telah ditubuhkan pada tahun 1938 oleh pemimpin masyarakat Cina yang diketuai oleh En. Lim Cheong dan rakan-rakannya. Pada mulanya, sekolah ini terletak di Simpang Bahau iaitu lebih kurang setengah batu dari pekan Batu Kikir. Pada masa itu, sekolah ini hanya merupakan sebuah rumah beratap rumbai. Pengajarannya hanya diberikan kepada murid darjah 1 hingga 4, jumlah murid hanya seramai 30 orang sahaja.

Pada tahun 1945, sekolah ini ditutup buat sementara waktu kerana pemerintahan Jepun, kemudian dibuka semula pada tahun 1946. Pada tahun 1954, Lembaga Pengurus sekarang telah membeli sebidang tanah dan membina 4 buah bilik darjah di lokasi sekarang. Pada masa itu, bilangan murid cuma 65 orang sahaja. Lembaga Pengurus Sekolah juga membina sebuah bilik guru pada tahun 1950, tetapi sekolah masih belum mempunyai kemudahan bekalan air dan elektrik. Pada tahun 1961, Lembaga Pengurus Sekolah telah membina sebuah dewan kecil. Pada tahun 1962, 2 buah bilik darjah dibina memandangkan bilangan murid yang semakin bertambah. Atas usaha Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Encik Wonn Tai Wan  PJK, sebuah gelanggang bola keranjang yang bernilai lebih kurang RM6,000 telah dibina pada tahun 1964.

Sekolah ini telah mendapat bekalan air  pada tahun 1976. Kerajaan telah memperuntukkan wang sebanyak RM 2,500 untuk membina tandas baru dan dibekalkan bekalan elektrik

chi sin

 SJK(C) Chi Sin, Batu Kikir merupakan sebuah sekolah kurang murid (SKM). Sekolah ini kekurangan tenaga mengajar mengikut opsyen dan guru-guru terpaksa mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya. Ini sedikit sebanyak telah menjejaskan dari segi pengajaran dan pembelajaran.

           Jumlah tenaga mengajar sekolah ini ialah 12 orang, termasuk guru besar, 8 orang guru beropsyen Bahasa Cina,  seorang guru pemulihan, seorang guru agama. Sekolah ini juga terdapat 2 orang pembantu takbir sekolah dan 2 orang pekerja.

           Jumlah bilangan murid sekolah pada tahun ini ialah 33 orang. Murid-murid terdiri daripada kaum Cina, Melayu dan India. Bilangan murid Melayu ialah 25 orang, seramai 75.75%, bilangan murid Cina ialah  5 orang, seramai 15.15%, manakala bilangan murid India ialah 3 orang, iaitu seramai 9.10%.

           Oleh kerana keadaan sekolah ini agak luar biasa jika dibandingkan dengan SJK(C) yang lain, maka strategi dan program yang dirancang dan dilaksanakan selaras dengan keadaan sekolah ini agar matlamat dan hasrat pihak sekolah akan tercapai untuk memperolehi prestasi yang baik terutamanya dalam UPSR.

visi

 

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik  Negara Sejahtera


MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara 

Sample text

PDPR

 二年级数学活动本答案: https://www.youtube.com/playlist?list=PLGVALQ9OfX_6XyzCIYM0TXeVno2fKrG-W Kssr semakan 二年级 数学: https://www.youtube.com/playlist?...